KEROPOK LEKOR


KEROPOK LEKOR

Pandangan hadapan Warisan Losong 14

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur, khususnya di Terengganu. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dengan campuran sagu dan sedikit garam. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel, sebelum direbus didalam air panas.

Keropok lekor boleh dimakan terus sebaik sahaja diangkat dan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain. Jika anda berkunjung ke gerai warisan losong, anda dapat melihat cara-cara keropok digentel dan juga berpeluang untuk mengentel sendiri keropok lekor.

Terdapat bermacam2 jenis atau pilihan keropok di sini. Jika anda berkunjung ke Terengganu, kami mengalu-alukan kedatangan anda di sini. Kami turut menyediakan kemudahan tempat menjamu selera bagi mereka yang ingin merasai keenakan keropok kami. Terletak kira-kira 3km dari bandar kuala terengganu dan 1km dari Taman Tamadun Islam dan Muzium negeri. Perniagaan keropok ini telah diusahakan sejak kira-kira suku abad lamanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Me?? Cheak it out ~~

Foto saya
Hamba Allah yg senang dikenali sebagai DA..seorang student di salah sebuah IPTA Malaysia..amat meminati bidang perniagaan..mempunyai impian yang tersendiri..Doakan kejayaanku..InsyaAllah..AMIN..

Teratak Ku

Teratak Ku

Contact Me....


KEROPOK LEKOR WARISAN LOSONG 14

Menjual pelbagai jenis keropok

termasuk keropok sejuk beku (frozen).

Sedia menerima tempahan:

Emel: warisanlosong@yahoo.com

H/p: 019-9874155